Advertisements

Permohonan Program GENIUS Negara KPM Untuk Anak Bawah 4 Tahun

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan untuk menyertai Program GENIUS Negara di Pusat Anak Genius Negara (PAGN) bagi anak-anak berumur 4 tahun ke bawah.

Menurut kajian, potensi kanak-kanak mampu diransang pada tahap terbaik pada peringkat awal kehidupan, terutamanya daripada kehamilan hingga usia tiga tahun.

Oleh itu, Program GENIUS Negara diwujudkan sebagai progam asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun terutamanya dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Program ini membolehkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun bermain sambil belajar serta menerokai bidang-bidang kegemaran mereka. 

Program GENIUS Negara

Antara keistimewaan Program GENIUS Negara ini ialah:

  1. Merupakan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.
  2. Progam ini menggunakan kokurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistik.
  3. Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain.
  4. Program ini menggunakan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting, and Experiencing).

Anak-anak yang terpilih akan ditempatkan di salah satu daripada 89 PAGN seluruh negara.

Tarikh tutup permohonan Program GENIUS Negara ialah pada 30 Disember 2020 iaitu pada hari Rabu.

Keputusan permohonan akan dikeluarkan oleh KPM pada bulan November 2020.

Syarat-Syarat Kemasukan

Terdapat beberapa syarat bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Program GENIUS Negara iaitu:

  1. Anak tersebut mestilah warganegara Malaysia.
  2. Beusia 4 tahun ke bawah.
  3. Keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM4,000.00 sebulan.

Langkah-Langkah Permohonan

Bagi ibu bapa dan anak-anak yang menepati syarat-syarat kemasukan boleh memohon melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari https://www.moe.gov.my/.
  2. Klik banner “Permohonan Untuk Menyertai Program GENIUS Negara Di Pusat Anak GENIUS Negara Seluruh Malaysia”.
  3. Muat turun tiga dokumen utama iaitu:
    i) Borang Permohonan Anak GENIUS Negara 
    ii) Senarai Semak Pengambilan Baharu
    iii) Senarai PAGN
  4. Isi dan lengkapkan borang permohonan tersebut.
  5. Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke PAGN yang terdekat.

Dokumen Yang Wajib Disertakan

Borang permohonan yang lengkap diisi mestilah disertakan dengan beberapa salinan dokumen iaitu:

  1. Salinan surat beranak anak.
  2. Salinan Mykid anak.
  3. Salinan rekod kesihatan anak (muka hadapan dan rekod vaksin).
  4. Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga yang disahkan.
  5. Salinan Pendapatan ibu bapa/penjaga yang disahkan.
  6. Surat pendapatan ibu bapa/penjaga yang disahkan (sekiranya bekerja sendiri).
  7. Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga yang disahkan.

Untuk makluman, pengesahan salinan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Kelas A (Profesional dan Pengurusan), Ketua
Kampung & Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sahaja.

Pertanyaan Lanjut

Bagi ibu bapa yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian GENIUS, KPM di talian 03-8880 5151.

Selain itu, para ibu bapa juga boleh melayari laman web KPM di alamat https://www.moe.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.