Berikut prosedur permohonan RUMAWIP 2019.
RUMAWIP atau Rumah Wilayah Persekutuan adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia memiliki rumah pada harga mampu milik.
Selain RUMAWIP, terdapat beberapa skim perumahan yang turut ditawarkan antaranya:
- Skim Perumahan Mampu Milik Swasta MyHome
- Perumahan PR1MA
- Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
- Rumah Mesra Rakyat SPNB
…dan banyak lagi.
RUMAWIP merupakan entiti kerajaan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Jadi sebarang persoalan boleh diajukan terus kepada Kementerian berkenaan.
Sejumlah 80,000 unit rumah mampu milik akan dibina di Wilayah Persekutuan menjelang tahun 2020 di mana 50,000 unit akan dibangunkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20,000 unit di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 10,000 unit di Wilayah Persekutuan Labuan.
Permohonan RUMAWIP 2019
Data terkini menunjukkan terdapat 31 projek dibuka untuk permohonan; 29 di Kuala Lumpur dan 2 di Putrajaya.
Bagi anda yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh memohon dengan segera.
Antara syarat permohonan RUMAWIP:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan kasar bulanan bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000 (suami dan isteri)
- Dilahirkan / menetap / bekerja di Wilayah Persekutuan
Sekiranya permohonan anda layak diproses, sila kemukakan beberapa dokumen sokongan seperti berikut:
- Borang permohonan(dicetak dari portal RUMAWIP)
- Surat Akuan Sumpah (salinan asal)
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (MyKad) pemohon
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Pasangan
- Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
- Penyata Gaji Terbaharu Pemohon (atau penyata bank 3 bulan terbaharu bagi permohonan tiada slip gaji)
- Penyata Gaji Terbaharu Pasangan (atau penyata bank 3 bulan terbaharu bagi permohonan tiada slip gaji)
- Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
- Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
- Bil Elektrik dan Bil Air Tempat Tinggal atau dokumen lain sebagai bukti kediaman (mandatori)
- Sijil Kelahiran (MyKid) Anak
- Salinan Kad OKU Pemohon / Pasangan / Anak (jika berkaitan)
- Surat Pengesahan Majikan Pemohon
- Surat Pengesahan Majikan Pasangan
- Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah yang dimiliki (jika berkaitan)
Pemohon juga perlu kemukakan Surat Akuan Sumpah (original) bagi projek RUMAWIP yang dipohon.
Antara jenis rumah yang ditawarkan ialah:
1. Rumah Harga Rendah
- Harga Jualan: RM63,000 (Kuala Lumpur dan Putrajaya) RM52,000 (Labuan)
- Saiz Minima: 700 kaki persegi (3 bilik tidur)
2. Rumah Harga Sederhana Rendah
- Harga Jualan: RM63,001 – RM150,000
- Saiz Minima: 800 kaki persegi (3 bilik tidur) & 650 kaki persegi ( 2 bilik tidur dan kurang)
Perhatian! Terdapat beberapa unit RUMAWIP Putrajaya Sentral dibuka semula untuk permohonan. Yang bergaji RM3,000 ke bawah diutamakan. Maklumat lanjut di sini.
3. Rumah Harga Sederhana
- Harga Jualan: RM150,001 – RM300,000
- Saiz Minima: 800 kaki persegi (3 bilik tidur) & 650 kaki persegi ( 2 bilik tidur dan kurang)
Sekiranya permohonan anda berjaya, sila sediakan wang deposit sebanyak 10% daripada harga unit yang ditawarkan kepada pemaju untuk urusan jual beli selanjutnya.
Untuk maklumat lanjut tentang RUMAWIP, layari portal rasmi KWP di sini https://kwp.gov.my/