Bermula 1 Januari 2019 golongan B40 akan menerima perlindungan insurans dan takaful secara percuma melalui Skim Perlindungan Nasional B40 atau kini dikenali sebagai skim mySalam.
Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah melancarkan skim tersebut secara rasmi pada Khamis lalu.
Berikut maklumat lanjut bagaimana untuk memohon atau proses pendaftaran online Skim Perlindungan Nasional B40.
Menurut Menteri Kewangan, buat permulaan sebanyak RM2 bilion dana diperuntukkan dengan harapan dapat membantu meringankan beban golongan sasar sekiranya mereka menghidap penyakit kritikal yang menjejaskan aliran pendapatan isi rumah mereka.
Baca juga: Ramai Tak Tahu Tentang Skim FPP Setaraf Swasta
Skim Perlindungan Nasional B40 mySalam
Melalui skim ini, penerima yang layak akan menerima perlindungan kesihatan untuk 36 jenis penyakit kritikal.
Selain itu, penerima juga akan mendapat bayaran sehingga had RM8,000 yang diagihkan dalam tempoh yang akan diumumkan.
Lebih menarik di bawah Skim Perlindungan Nasional B40 ini, penerima akan menerima bayaran harian sebanyak RM50 sehari (maksimum 14 hari) atau bersamaan RM700 setahun.
Sama seperti Bantuan Sara Hidup, kerajaan menyasarkan sebanyak 4.1 juta isi rumah B40 yang terdiri daripada individu berusia antara 18 hingga 55 tahun akan mendapat manfaat di bawah skim kesihatan B40 ini.
Penerima yang layak boleh membuat tuntutan skim mySalam bermula 1 Mac nanti.
Pendaftaran Skim Kesihatan B40
Skim perlindungan ini akan bermula 1 Januari 2019.
Namun pendaftaran selanjutnya akan dibuka 1 Mac nanti.
Pendaftaran boleh dibuat secara online (link akan dikemaskini) dan tidak memerlukan sebarang pengesahan pemeriksaan perubatan.
Penerima yang layak akan dimaklumkan menerusi SMS.
Baca juga: Klik Sini Untuk Semak Rebat Bil Elektrik RM40 Sebulan
Senarai 36 Penyakit Yang Dilindungi
Berikut adalah senarai 36 jenis penyakit yang dilindungi di bawah Skim Perlindungan Nasional B40.
- Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
- Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
- Meningitis Bakteria
- Tumor Otak Benigna
- Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
- Pembedahan Otak
- Kanser
- Kardiomiopati Teruk
- Anemia Aplasia Kronik
- Koma
- Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
- Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis/encephalitis
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru
- AIDS Peringkat Teruk
- Hepatitis Virus Fulminan
- Serangan Jantung
- Pembedahan Injap Jantung
- HIV Akibat Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Pertuturan
- Trauma Kepala Utama
- Pemindahan Organ Utama/ Sum
- Penyakit Neuron Motor
- Sklerosis Berbilang
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan / Paraplegia
- Penyakit Parkinson
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
- Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
- Strok
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
- Pelecuran Tahap Ketiga
Maklumat lanjut akan dikemaskini sebaik mendapat pengesahan daripada Kementerian Kewangan.