permohonan upu 2019

Panduan Permohonan UPU 2019 Secara Online Bagi Lepasan SPM

Perhatian adik-adik lepasan SPM / STPM 2018, berikut dikongsikan panduan lengkap cara membuat permohonan UPU 2019 secara online bagi kemasukan ke Universiti Awam (IPTA).

Untuk makluman permohonan UPU telah pun dibuka 25 Februari lepas.

Pemilihan program-program UPU boleh dibuat mulai 15 Mac jam 12 tengah hari.

Sebelum membuat permohonan, anda diminta untuk membeli nombor PIN UPU di mana-mana kaunter BSN sebelum tarikh tutup 1 April.

Harga pembelian nombor pin UPU adalah RM15.60.

Sekiranya berminat nak jadi cikgu, anda boleh mohon ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2019.

Permohonan UPU 2019 Online

Secara ringkasnya berikut tarikh-tarikh penting yang anda perlu tahu:

  • Permohonan UPUOnline dibuka 25 Februari
  • Ditutup 1 April
  • Permohonan boleh dibuat online di portal rasmi UPU
  • Pilihan program STPM / Asasi / Matrikulasi / STAM mulai 15 Mac

Terdapat dua kategori pemohon iaitu lepasan SPM (setaraf) atau STPM (setaraf).

Lepasan SPM boleh memohon untuk menyambung pengajian peringkat asasi / diploma di Universiti Awam dan Politeknik. Atau boleh juga memohon sijil Kolej Komuniti & ILKA.

Lepasan STPM termasuk STAM, Diploma, Matrikulasi boleh mengisi permohonan UPU untuk pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di UA.

Untuk manual permohonan anda boleh download PDF ini.

Pembelian Nombor PIN UPU

Seperti dimaklumkan, pembelian nombor PIN boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN seluruh negara.

Bagi ibu bapa yang mempunyai akaun BSN, pembelian nombor PIN boleh dibuat di ATM. Caranya:

  • Masukkan Kad  dan No Pin
  • Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
  • Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
  • Pilih Jenis Program : LEPASAN SPM/SETARAF atau LEPASAN STPM/SETARAF
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
  • ‘YA’ untuk meneruskan urusan
  • Semak Maklumat
  • Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
  • Resit Dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan masa depan

Berikut contoh cara mengisi borang pembelian nombor PIN di kaunter BSN

Untuk membeli nombor unik ID, pemohon mesti membawa bersama MyKad. 

Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah betul.

Jika pemohon adalah Lepasan STPM/Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 13XXX dan jika pemohon adalah Lepasan SPM/Setaraf , No. Unik ID bermula dengan angka 16XXX.

Semakan Syarat Kelayakan

Untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan anda mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan program tersebut.

Anda boleh membuat semakan syarat kelayakan menggunakan sistem e-MAS.

Caranya layari portal e-MAS.

Kemudian pilih “Syarat Am & Khas Program” dan masukkan butiran-butiran yang diperlukan seperti dalam gambar di bawah:

Maklumat lanjut tentang syarat-syarat kelayakan sesuatu program akan dipaparkan.

Sila pilih berdasarkan keputusan SPM / STPM anda.

Permohonan Rayuan UPU

Sekiranya permohonan UPU anda gagal, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan rayuan.

Permohonan anda gagal boleh disebabkan:

  • Tempat terhad
  • Program yang dipilih tidak banyak kekosongan tempat
  • Persaingan hebat di antara pemohon-pemohon lain
  • Permohonan Diploma / Setaraf tertakluk sepenuhnya kepada Universiti Awam

Permohonan rayuan akan dibuka sebaik permohonan UPU 2019 ditutup pada 1 April nanti.

Anda juga dinasihatkan untuk membuat kajian IPTS yang menawarkan program yang sama pada harga yang mampu milik.

Pembiayaan IPTA / IPTS tidak banyak beza memandangkan anda boleh membuat pinjaman PTPTN termasuk bantuan wang pendahuluan RM1,500.

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan UPU 2019 sila layari portal rasmi di http://upu.moe.gov.my/web/

  • 1K
    Shares

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.