pusat perubatan universiti malaya

Permohonan Diploma PPUM 2019: Pusat Perubatan Universiti Malaya

Minat untuk menjadi seorang jururawat? Atau ingin berkhidmat dalam bidang perubatan?

Berita baik, Universiti Malaya akan membuka semula pengambilan pelajar-pelajar bagi Diploma PPUM 2019 (Pusat Perubatan Universiti Malaya).

Antara bidang pengajian yang ditawarkan ialah:

  • Diploma Kejururawatan
  • Diploma Radiografi
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Tempoh pengajian selama 3 tahun secara sepenuh masa.

Sekiranya berminat untuk menyambung pengajian di universiti awam yang lain, anda perlu memohon melalui sistem UPU Online.

Berikut tarikh-tarikh penting yang perlu anda tahu sebelum membuat permohonan:

  • Permohonan dibuka: 25 Mac 2019
  • Permohonan ditutup: 17 April 2019
  • Pendaftaran: 7 Julai 2019

Tempat pengajian di Pusat Perubatan UM dan di Fakulti Perubatan UM.

Syarat Diploma PPUM 2019

Berikut dikongsikan syarat kelayakan akademik bagi permohonan kemasukan ke Diploma PPUM 2019.

  • Mestilah lulus SPM
  • Mendapat kepujian dalam BM, BI dan Matematik serta Lulus subjek Sejarah

Bagi calon Diploma Kejururawatan anda mestilah mendapat kepujian dalam dua subjek dan salah satunya mestilah Sains Teras / Sains Tulen.

Bagi calon Diploma Radiografi pula, anda mestilah memperoleh kepujian dalam dua subjek Sains Tulen (keutamaan kepada subjek Fizik & Biologi).

Bagi calon Diploma Teknologi Makmal Perubatan anda mesti mendapat kepujian dalam dua subjek Sains Tulen terutama Kimia & Biologi.

Kesemua calon mestilah sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami sebarang kecacatan yang menyukarkan proses pembelajaran.

Permohonan Ke Pusat Perubatan Universiti Malaya

Permohonan ke PPUM hanya boleh dibuat secara online melalui portal http://spp.ummc.edu.my/ atau http://www.ummc.edu.my

Pemohon perlulah membeli ID PPUM yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional berharga RM10.00 untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional). No.Pin boleh dibeli mulai 25 Mac 2019.

Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.

ID PPUM juga boleh digunakan untuk menyemak panggilan temuduga (Program 1 sahaja) melalui laman web PPUM mulai 29 April 2019 hingga 03 Mei 2019

Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Talian : 03-2028 7047 / 03-2028 7070 / 03-2028 7077 / 03-2028 7015 / 03-2028 7010
Dari jam 08:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat KECUALI Hari Kelepasan Am).
atau 
E-mel : [email protected]

Calon yang layak perlu memohon pinjaman PTPTN sebagai penajaan.

Di bawah merupakan iklan rasmi permohonan Diploma PPUM 2019.

diploma ppum 2019
  • 718
    Shares

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.