Advertisements

KerjayaGig Pemerkasa: Insentif Majikan RM200 & Pekerja RM600

Di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa), kerajaan telah memperkenalkan Program KerjayaGig yang diuruskan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Untuk makluman, Program KerjayaGig adalah kesinambungan daripada Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan daripada Penjana Kerjaya 2.0 untuk individu yang mengambil pekerjaan jangka pendek dalam tempoh mendapatkan pekerjaan sepenuh masa.

Antara matlamat pelaksanaan Program KerjayaGig ini adalah untuk:

  • Memindahkan semula tenaga kerja yang tidak digunakan sepenuhnya (underutilised) dan sedang menerima cuti tanpa gaji kepada pekerjaan sementara atau kerjaya gig.
  • Menggalakkan individu mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pelaksanaan Program KerjayaGig akan melibatkan peruntukan RM300 juta dan memanfaatkan seramai 60,000 pekerja.

Permohonan bagi Program KerjayaGig telah dibuka mulai 1 April sehingga 30 Jun 2021 secara atas talian.

Insentif Program KerjayaGig

Bagi individu atau Orang Bekerja Sendiri (OBS), mereka akan menerima insentif sebanyak RM 600 selagi mana mereka terlibat dengan pekerjaan sendiri atau gig sehingga 6 bulan.

Untuk majikan yang terlibat dalam organisasi, platform atau pertubuhan pula, insentif sebanyak RM200 ditawarkan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig yang disediakan oleh operator yang berdaftar dengan PERKESO.

Syarat Kelayakan OBS

Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh OBS bagi Program KerjayaGig ini ialah:

  1. Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO yang sedang menerima cuti tanpa gaji.
  2. Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO yang diberhentikan kerja.
  3. Pencari kerja dari golongan rentan (seperti penerima yang berdaftar di bawah sistem e-kasih).

Selain itu, terdapat beberapa syarat kelayakan tambahan lain terhadap OBS iaitu:

  1. Mengemukakan bukti aktiviti pekerjaan sekurang-kurangnya 15 jam setiap minggu bagi setiap bulan dan memuat naik Log Aktiviti Gig untuk menerima bayaran berikutnya.
  2. Melaporkan kepada PERKESO dalam tempoh 24 jam sekiranya menerima tawaran pekerjaan sepenuh masa.

Cara Memohon

Untuk memohon Program KerjayaGig bagi bagi majikat atau operator perkhidmatan, permohonan boleh dilakukan seperti langkah-langkah berikut:

  1. Operator mengiklankan jawatan kosong di htpps://myfuturejobs.gov.my (Pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri)
  2. Operator mengambil OBS untuk bekerja.
  3. Hantar permohonan KerjayaGig menerusi sistem PenjanaKerjaya https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/.
  4. Proses kelulusan akan dimaklumkan melalui email kepada pekerja.
  5. Operator atau majikan terima pembayaran dalam masa 30 hari.

Bagi OBS pula, permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. OBS akan menerima e-mel notifikasi setelah permohonan Operator diluluskan.
  2. OBS akan menerima bayaran yang pertama setelah membuat pengesahan.
  3. Untuk menerima bayaran bagi bulan kedua hingga keenam, OBS perlu mengisi Log Aktiviti Gig di PenjanaKerjaya (mulai bulan kedua).
  4. OBS menghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/.

Soalan Lazim

Apakah jenis pekerjaan sendiri atau pekerjaan gig yang berkelayakan untuk Insentif Program KerjayaGig?

Organisasi, platform dan pertubuhan termasuk e-hailing, perniagaan digital, sebarang platform pekerjaan sendiri yang berdaftar dengan PERKESO dan menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek bagi individu adalah layak menerima Insentif Program KerjayaGig.

Adakah pekerja bebas (freelancers) tanpa operator layak untuk menerima insentif penempatan RM 200?

Tidak. Hanya organisasi, platform atau pertubuhan yang berdaftar dengan PERKESO sahaja layak untuk menerima insentif penempatan sebanyak RM200. Pekerja gig hanya berkelayakan untuk menerima insentif RM600 sahaja.

Bolehkah individu memohon insentif bekerja di bawah lebih dari 2 operator?

Tidak. Pekerja Gig hanya akan diberikan kelulusan secara first come first serve bagi mengelakkan pertindihan insentif.

Bolehkah individu yang menerima insentif pengambilan pekerja di bawah PenjanaKerjaya memohon untuk insentif Program KerjayaGig?

Boleh, individu yang telah kehilangan pekerjaan atau menerima cuti tanpa gaji adalah layak untuk memohon program tersebut, dan sebaliknya. Individu dari Program KerjayaGig juga boleh memohon insiatif PenjanaKerjaya.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program KerjayaGig, sila hubungi PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau menghantar email
[email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.