Penang Port mengumumkan pelanjutan tambang percuma bagi pengguna pejalan kaki untuk feri bot laju di Pulau Pinang bagi tahun 2023.
Untuk makluman, bermula 1 Januari 1994, Penang Port berperanan dalam mengendalikan, mengurus, menyediakan operasi kemudahan, dan perkhidmatan pelabuhan di Pulau Pinang.
Salah satu perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan feri bot laju kepada para penumpang untuk berulang alik daripada bahagian tanah besar ke pulau dan pulau ke tanah besar.
Senarai Terminal
Terdapat dua terminal feri yang beroperasi setakat ini iaitu:
- Pengkalan Sultan Abdul Halim
- Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT)
Tempoh Tambang Percuma
Tempoh tambang percuma ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023 hingga 30 Jun 2023.
Penumpang Yang Layak
Penumpang yang layak menerima tambang percuma ini adalah warganegara Malaysia sahaja (MyKad/MyKid).
Jadual Perjalanan Feri
Bermula 1 Januari 2023, jadual perjalanan feri akan dikemaskini seperti di bawah:
Bermula 1 Januari 2023 sehingga 31 Julai 2023, perkhidmatan feri RORO yang membawa motosikal dan basikal akan dihentikan buat sementara bagi memberi ruang kepada kerja-kerja naik taraf.
Ini bermakna, sepanjang tempoh tersebut, hanya feri yang membawa pejalan kaki sahaja yang beroperasi.
Cara Mendapatkan Tambang Percuma
Untuk mendapatkan tambang percuma ini, pengguna hanya perlu mendaftarkan MyKad/MyKid di kaunter terminal feri tersebut.
Selepas itu, pengguna akan menikmati tambang percuma yang disediakan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai tambang percuma feri bot laju Pulau Pinang 2023, sila hubungi 04-3102363 atau melayari laman web Penang Port iaitu https://www.penangport.com.my/.