1MDB: Berita Terkini 1Malaysia Development Berhad

Berikut kami kongsikan info-info terkini tentang 1Malaysia Development Berhad atau 1MDB.

1MDB merupakan syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia yang dibangunkan ketika era Dato’ Sri Najib Razak.

Pada permulaannya, 1MDB dikenali sebagai Terengganu Investment Fraud kemudian dijenamakan semula sebagai 1Malaysia Development Berhad.

Beribu pejabat di Menara IMC, No 8 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai suatu langkah inisiatif strategik pembangunan ekonomi negara Malaysia untuk jangka masa panjang, dengan mendapatkan kerjasama dan menggalakkan pelaburan asing (FDI).

Antara projek mega di bawah syarikat ini ialah Tun Razak Exchange.

1MDB telah dipalit dengan pelbagai kontroversi yang memberikan imej negatif kepada Malaysia khususnya kepada Perdana Menterinya, Datuk Seri Najib Razak.

Kontroversi tersebut juga antara penyebab kekalahan besar Barisan Nasional ketika PRU14 yang lalu sehingga menyaksikan selepas 60 tahun memerintah kini Putrajaya diambil alih oleh Pakatan Harapan.

Info: Malaysia sekali lagi bakal menghadapi PRU-15 pada November 2022.

Berikut senarai artikel terkini di Semakan Online:

Sejarah 1Malaysia Development Berhad

1mdb

Pada awalnya 1MDB yang dikenali sebagai Badan Kuasa Pelaburan Terengganu (TIA) bertanggungjawab menguruskan pembangunan ekonomi negeri Terengganu untuk jangka masa panjang dan melestarikan sosio-ekonomi rakyat Terengganu secara amnya.

TIA telah ditubuhkan pada 2008, dan kemudianya dinaik taraf kepada koperasi perbadanan diberi nama 1Malaysia Development Berhad pada Januari 2009.

Dalam pemberitahuannya pada 22 Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak berkata keputusan untuk membesarkan peranan TIA kepada entiti persekutuan dibuat untuk menambah baik nilai keberhasilan jika dibandingkan dengan faedah dalam sesebuah negeri sahaja.

Baca: Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah 2020

Projek-Projek 1MDB

Antara fokus utama syarikat ini ialah memperkasakan pembangunan strategik khususnya dalam urusan pembangunan sumber daya tenaga, estet, pelancongan dan agro-perniagaan.

Pada 30 September 2009, 1MDB dan rakan strategiknya PetroSaudi International Limited mengisytiharkan pemeteraian syarikat usahasama bernilai US$2.5 billion, dengan mengfokuskan sasaran pelaburan langsung asing (FDI) dari Timur Tengah ke Malaysia.

Berikutan itu, pada 11 Januari 2010, 1MDB telah menandatangani perjanjian usahasama diantara State Grid Corporation of China (SGCC), dengan fokus untuk mengawal pelbagai projek tenaga di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan berperingkat menjadi pelabur terbesar dalam projek SCORE.

Pada 18 Januari 2010, 1MDB telah menandatangi perjanjian usahasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company (dikenali juga sebagai Masdar) bagi menerokai projek pelaburan dan teknologi bersih termasuk membina bandar bebas karbon pertama di Malaysia.

Pada 13 Mei 2010, 1MDB telah menjadi sebahagian syarikat konsortium, yang diberi mandat melaksanakan projek pembangunan semula multi-bilion ringgit di Lapangan Terbang Sungai Besi.

Kawasan tersebut berkeluasan 162 hektar dan pelannya untuk membina Pusat Kewangan Islam yang memasukkan Qatar Investment Authority (QIA) sebagai rakan kongsi.

Projek ini kemudiannya akan digelar Bandar Malaysia.

Pada masa yang sama, 1MDB dan QIA telah menandatangi Perjanjian Persefahaman (MOU) untuk mengakses janaan tenaga berdaya maju dan pelaburan estet. Dalam MOU itu QIA bercadang untuk melabur US$5bil.

Pada 21 Mei 2010, 1MDB dilaporkan akan turut serta dalam pembangunan kawasan Tun Razak Exchange, iaitu sekeping tanah berkeluasan 34.4 hektar di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur bersama dengan Mubadala Development Company.

Walaubagaimanapun, majlis perasmian pecah tanah yang dicadangkan diadakan pada 29 Mei 2010 telah dibatalkan dan ditunda pada akhir akhir waktu.

Dalam ucapan pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK 10), Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan projek KLIFD dan Bandar Malaysia adalah dua projek utama usahasama awam-swasta yang akan memacu agenda transformasi negara.

Baca juga: BR1M Dijenamakan Semula Sebagai BSH 2019

Jumlah Hutang & Pinjaman

Berdasarkan kajian Semakan Online melalui kenyataan media, berikut adalah pinjaman yang dibuat oleh 1MD bagi melancarkan beberapa projek besar yang melibatkan pembangunan hartanah komersial dan Janaan Kuasa Bebas (IPP).

Berdasarkan harga semasa hartanah dan projek, jumlah keseluruhan pinjaman yang sepatutnya berada dalam tanggungan 1MDB adalah kira-kira RM 42 bilion. Antaranya:

  • Pembelian Tanjong Energy (kini dikenali sebagai Tenaga Powertek Sdn Bhd) daripada Ananda Krishnan. Jumlah pinjaman RM8.5 bilion.
  • Pembelian Genting Sanyen Power Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Loji Kuala Langat Kuasa). Jumlah pinjaman RM2.3 bilion.
  • Pembelian Jimah Energy dengan jumlah pinjaman RM1.2 bilion.
  • Pembelian 70 ekar tanah TRX di Jalan Tun Razak berjumlah RM320 juta, kira-kira RM64.00 setiap kaki persegi.
  • Pembelian 495 ekar tanah di bekas Lapangan Terbang Sungai Besi TUDM (kini dikenali sebagai Bandar Malaysia) kira-kira RM363.5 juta iaitu RM 91.00 setiap kaki persegi.
  • Pembelian 234 ekar tanah di Air Itam di Pulau Pinang berjumlah RM1.38 bilion, kira-kira RM135.00 setiap kaki persegi.

Pembelian tanah TRX dilanda kontroversi apabila dikatakan Malaysia kerugian RM5 bilion daripada urusan jual beli tersebut.

Ini kerana nilai tanah sekitarnya dijual pada harga RM7,000 kaki persegi. Dengan andaian harga pasaran adalah RM3,000 setiap kaki persegi nilai sebenar tanah ini adalah RM6 bilion. 

Namun 1MDB hanya membayar RM320 juta sahaja.

Begitu juga dengan Lapangan Terbang Sungai Besi, 1MDB membayar RM 363.5 juta untuk 495 ekar – iaitu pada RM91 setiap kaki persegi.

Dengan andaian harga pasaran untuk tanah ini adalah RM1,000 setiap kaki persegi. Kerajaan kehilangan kira-kira RM20 bilion.

Tanah di Pulau Pinang pula berkualiti rendah dan mempunyai lebih daripada 1,000 setinggan.

Namun, 1MDB membayar RM1.3 bilion iaitu pada RM135 kaki persegi.

Jika dinilai semula semua aset 1MDB sedia ada, ia boleh disifatkan berjumlah RM52 bilion sekiranya dicairkan.

Namun yang menjadi persoalan, bagaimana 1MDB dapat membeli tanah TRX dan Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi pada kadar harga yang terlalu jauh lebih rendah daripada kadar harga pasaran sebenar?.

Baca: Login Sistem Semakan PTPTN 2020

Kontroversi Skandal 1MDB

Terdapat banyak kontroversi tentang syarikat ini.

Antaranya isu pembelian tanah TRX oleh Tabung Haji. (Sumber)

Pada 7 Mei 2015, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah mengesahkan badan berkanun itu telah membeli sebidang tanah bernilai RM 188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang pada masa kini merupakan milik 1MDB bagi pembangunan sebuah menara kediaman.

Pembelian tanah itu melibatakan saiz kira-kira 1.56 ekar oleh Lembaga Urusan Tabung Haji dari 1MDB.

Menurut Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, beliau menyifatkan usaha pembelian ini sebagai suatu bentuk usaha menyelamatkan (bail-out) 1MDB.

Menurut beliau, tanah itu dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari Kerajaan Persekutuan iaitu kira-kira pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi kepada Tabung Haji.

Rafizi menambah, nilai jualan RM 188.5 juta itu lebih kurang serupa dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu dilunaskan oleh 1MDB bagi hutang-hutangnya.

Beliau menambah, mengikut laporan akhbar perniagaan The Edge, 1MDB perlu membayar faedah pinjaman sebanyak USD52.5 juta (bersamaan RM188.5 juta).

Selain itu, isu duit berbilion ringgit dalam akaun Datuk Seri Najib turut menhangatkan lagi skandal 1MDB ini.

Portal berita Sarawak Report dan akhbar British The Sunday Times telah membocorkan email yang mengaitkan hartawan Pulau Pinang Jho Low mempunyai ikatan rapat dengan anak tiri Najib.

Jho Low dikatakan telah berjaya menyedut US$700 juta hasil dari permuafakatan niaga antara 1MDB dan syarikat eksplorasi minyak terkemuka dunia PetroSaudi.

Sebuah email mendedahkan Jho Low mendapat pinjaman mudah dari Perdana Menteri najib Razak bernilai US$1 billion tanpa mendapat kebenaran dari Bank Negara.

Terdapat juga dakwaan keras dari Wall Street Journal yang mengatakan 1MDB sengaja meninggikan nilai belian aset tenaga di Malaysia menerusi penglibatannya dalam Kumpulan Genting pada tahun 2012.

Genting kemudian didakwa memberi sumbangan kewangan ini kepada suatu yayasan yang dilindungi dibawah Perdana Menteri Najib Razak sebagai dana kempen Barisan Nasional untuk memenangi Pilihanraya Umum Malaysia 2013.

Untuk info lanjut tentang 1MDB anda boleh baca di sini.

Baca juga: Permohonan Baharu Bantuan Prihatian Nasional atau BPN 2.0 Kini Dibuka